fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 11 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan 11 negeri susulan hujan lebat serta ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di utara Semenanjung melibatkan beberapa daerah di Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta keseluruhan negeri Perak.

Sementara itu, di Pantai Timur, cuaca buruk tertumpu sekitar Kelantan (Gua Musang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong dan Bera).

“Bagi negeri Selangor pula, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Hujan lebat ketika ini turut melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Jasin, Melaka,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu, dua daerah di Johor seperti Tangkak dan Muar juga dilanda cuaca buruk bagi tempoh yang sama malam ini.

Sementara itu, hujan lebat dan angin kencang tertumpu di Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Bukit Mabong), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Cuaca tidak menentu itu turut dilaporkan di Sabah: Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” ujarnya.

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir ini juga adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI