fbpx

Hospital di China dipenuhi pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit Covid-10 diletak di atas pengusung di wad kecemasan sebuah hospital di Chongqing, semalam. – AFP

BEIJING – Hospital-hospital di China didakwa mencatatkan peningkatan bilangan kemasukan pesakit di tengah-tengah kebimbangan mengenai gelombang baharu jangkitan Covid-19, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti dilaporkan Badan Penyiaran Britain (BBC).

Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr. Michael Ryan berkata, unit penjagaan rapi (ICU) hospital-hospital di China amat sibuk meskipun pegawai-pegawai tempatan berkata, bilangan pesakit agak rendah.

Data dikeluarkan pemerintah menunjukkan tiada kematian akibat Covid-19 dicatatkan kelmarin, namun terdapat keraguan mengenai kesan sebenar virus itu.

Angka rasmi pemerintah turut menunjukkan hanya lima orang meninggal dunia akibat Covid-19 kelmarin dan dua lagi pada Isnin lalu.

Namun, sejak beberapa hari lalu, hospital-hospital di Beijing dan beberapa bandar lain dilaporkan menerima bilangan pesakit yang ramai ketika gelombang baharu Covid-19 melanda China.

Justeru, Ryan mendesak Beijing menyediakan lebih banyak maklumat mengenai penularan baharu virus tersebut di negara itu. 

“Di China, apa yang dilaporkan adalah bilangan kes yang agak rendah di ICU namun, secara anekdot, ramai pesakit dirawat di ICU.

“Kami telah menyatakan perkara ini berminggu-minggu bahawa virus yang amat berjangkit ini amat sukar dihentikan sepenuhnya dengan hanya menggunakan langkah-langkah kesihatan dan sosial,” ujarnya.

Sejak 2020, China mengamalkan sekatan kesihatan yang ketat, sebagai sebahagian daripada dasar sifar Covid.

Namun, pemerintah menamatkan kebanyakan sekatan dua minggu lalu selepas beberapa protes tercetus di banyak lokasi bagi membantah kawalan tersebut.

Ia menyebabkan bilangan kes melonjak sekali gus meningkatkan kebimbangan mengenai kadar kematian dalam kalangan warga emas terutamanya golongan mudah terdedah. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI