fbpx

Hampir 4 juta rai kepulangan wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN ibu kota Buenos Aires dirakam menerusi ruang udara seperti lautan yang berwarna selepas dipenuhi peminat bagi meraikan kejayaan Argentina menjulang Piala Dunia Qatar 2022 Ahad lepas. – AFP

BUENOS AIRES – Skuad juara Piala Dunia Qatar 2022, Argentina yang diketuai Lionel Messi terpaksa melupakan perarakan bas terbuka di Buenos Aires susulan berjuta-juta rakyat dan peminat bola sepak bergembira dan berpesta di jalanan hingga perjalanan bas tersekat semalam.

Terdahulu, skuad La Albiceleste bakal mempamerkan trofi Piala Dunia dalam perarakan bas terbuka sejauh 30 kilometer (km) seperti dirancang dari pinggir bandar Buenos Aires ke ibu kota, namun kesesakan berlaku di setiap meter laluan.

Disebabkan kesesakan, bas perarakan tersebut terperangkap selama hampir lima jam kerana orang ramai teruja meraikan kemenangan Argentina menewaskan Perancis, sebelum penganjur membuat keputusan menaiki helikopter.

“Adalah mustahil untuk meneruskan perarakan di lapangan kerana ledakan kegembiraan jutaan manusia,” kata jurucakap presiden Gabriela Cerruti pada Twitter.

Beberapa video media sosial kelihatan menunjukkan terdapat segelintir peminat melompat ke atas dek bas yang membawa pemain ketika bas membawa skuad Piala Dunia Argentina itu melalui di bawah jambatan, malah satu kipas turut terjatuh.

Difahamkan, kira-kira empat juta orang berbaris dan meme­nuhi jalan-jalan di Buenos Aires, menurut anggaran pihak berkuasa tempatan.

“Hari ini Argentina meraih pengalaman meraikan satu parti paling luar biasa dalam sejarah­nya. Hanya ada kegembiraan dan kesyukuran oleh rakyat sepanjang masa bersama,” kata Cerutti.

Selepas tiba di tanah air dari Qatar, para pemain meninggalkan kompleks latihan Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) dalam perjalanan sejauh 30 km ke pusat bandar Buenos Aires.

Perjalanan tersebut sepatutnya berakhir di monumen ­Obelisk ikonik ibu kota, di mana ratusan ribu orang berkumpul dan mencipta suasana pesta.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan tidak membenarkan bas perarakan itu terus ke Plaza de la Republica, sebaliknya menaiki helikopter atas dasar keselamatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI