fbpx

Guardiola ‘pening’ ketiadaan pemain kesebelasan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA hanya mempunyai empat pemain senior yang boleh diturunkan beraksi menentang Liverpool pada aksi EFL awal pagi esok.

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui pening kepala menje­lang aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Liverpool yang dijadualkan berlangsung di Stadium Etihad awal pagi esok.

Bekas pengendali Barcelona itu dijangka berada dalam dilema meman­dangkan sebahagian besar pemain utamanya masih belum pulang daripada tugasan ­Piala Dunia 2022 bersama pasukan negara masing-masing.

Selepas menjalani kem latihan di Dubai sebelum ini, hanya empat pemain senior termasuk Kevin De Bruyne, Erling Haaland, Ilkay Gundogan dan Riyad Mahrez yang boleh diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Buat masa ini, kami hanya memiliki empat pemain utama yang boleh diturunkan ketika berdepan Liverpool pada saingan EFL nanti. Sudah tentu si­tuasi ini meletakkan kami dalam situasi sukar.

“Bagaimana kami mahu bermain seperti biasa sedangkan kami tidak memiliki skuad penuh ketika ini. Kami hanya perlu tunggu dan lihat sama ada pemain-pemain lain sempat pulang ataupun tidak,” katanya.

Pada masa sama, jurulatih dari Sepanyol itu tanpa berselindung meluahkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak (FA) England yang menyusun jadual perlawanan sehingga menyusahkan pasukan bertanding.

“Saya tahu anda semua sudah sedia maklum bahawa jadual ini sudah disusun oleh pihak yang menganggap mereka cerdik dalam bola sepak. Mereka hanya fikir setiap pasukan akan ikut segala jadual yang dibuat,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI