fbpx

Dana, inisiatif kerajaan perlu sampai kepada golongan sasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan komitmen mahu memastikan semua dana dan inisiatif sedia ada sampai kepada kumpulan sasar sekali gus memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri berkata, antara tumpuan kerajaan Perpaduan adalah memacu ekonomi tetapi dalam masa sama ia mestilah memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya mahu pastikan dana sedia ada sampai kumpulan sasaran. Kita akan pastikan Jemaah Menteri dan semua kementerian memberi fokus yang sama kerana saya mahu Malaysia bukan saja membicarakan hidup rakyat dan orang Melayu tetapi membantu rakyat susah supaya hidup selesa.

“Semua menteri, ketua setiausaha dan jentera kerajaan perlu sedia melakukan anjakan bagi memberi tumpuan kepada akar rumput dan akar umbi maka kita dapat saksikan dalam tempoh terdekat akan ada perubahan,” katanya ketika berucap ketika merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di sini tadi.

Anwar berkata, Malaysia mempunyai pelbagai agensi dan bank malah ada banyak agensi seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional serta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan inisiatif.

Katanya, dengan pelbagai kemudahan itu maka harus pastikan ia benar-benar berkesan bagi menjamin nasib rakyat untuk hidup lebih selesa.

“Seperti lawatan saya pagi tadi di Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL), satu sahaja arahan diberikan iaitu pihak berkuasa tempatan perlu ada anjakan bahawa keindahan Kuala Lumpur mestilah disertakan tempat perniagaan penjaja dan peniaga kecil.

“Ibu kota harus indah dan bersih. Bukan saja ada gedung pencakar langit, bank dan syarikat perniagaan besar tetapi perlu diselitkan kemudahan penjaja dan peniaga kecil di mana saja ada lorong atau tempat awam dengan kemudahan asas,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau mengarahkan penekanan ini perlu dilakukan segera ataupun dalam tempoh tiga bulan dengan dibantu semua kementerian dengan memberi fokus kepada merakyatkan ekonomi.

“Semua perlu ingat, setiap dana harus digunakan dgn cermat dan kita (Kerajaan Perpaduan) dpertanggungjawabkan bukan sahaja kepada rakyat tetapi Allah S.W.T.

“Saya harap anda semua (rakyat) akan menyaksikan budaya baharu dalam negara ini supaya pembaziran tidak berlaku hingga menggondolkan kekayaan negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI