fbpx

Cukai taksiran kediaman di Putrajaya dikurangkan 30 peratus – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju mengurangkan 30 peratus cukai taksiran bagi kediaman berharga RM300,000 ke bawah di sekitar Putrajaya.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan itu akan bermula seawal Januari depan.

Jelas beliau, pengurangan tersebut adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.

“Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300,000 akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memberitahu potongan sebanyak 30 peratus itu diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang melibatkan hampir 8,500 unit kediaman.

Tambah beliau, pengurangan cukai taksiran akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari depan sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI