fbpx

Banjir: Warga emas hidap kanser tulang dikejarkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu mangsa di PPS SK Mulong untuk dibawa ke HRPZ II, Kota Bharu, semalam. FOTO IHSAN APM

KOTA BHARU – Seorang wanita warga emas yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1 di sini, semalam, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit pada kedua-dua belah kakinya akibat kanser tulang.

Mangsa berusia 81 tahun dibantu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.09 pagi.

Jurucakap APM Kota Bharu berkata, sebelum itu, mangsa tinggal seorang diri di Kampung Mulong di sini, sebelum dibawa ke PPS selepas rumahnya dinaiki air.

“Bagaimanapun, mangsa mengadu sakit pada kedua-dua belah kakinya sebelum memaklumkan bahawa dia menghidap kanser tulang.

“Sebuah ambulans APM bersama empat anggota bergegas ke lokasi kejadian dan membawa warga emas itu untuk rawatan di Haspital Raja Perempuan Zainab II di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Menurutnya, setakat ini, warga emas itu merupakan mangsa pertama yang dibawa ke hospital selepas menghidap kanser sejak PPS itu dibuka pada 18 Disember lalu.

PPS SK Mulong telah ditutup sepenuhnya pada 12.30 hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI