fbpx

Banjir: Semua PPS tidak berdaftar digazetkan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di PPS SK Jelor, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Kerajaan mengumumkan semua pusat pemindahan sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir di seluruh negara yang tidak berdaftar akan digazetkan secara automatik bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu bagi memudahkan semua bantuan yang disalurkan kerajaan dapat diberikan terus kepada mangsa banjir yang ditempatkan di semua PPS.

Menurutnya, sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menggazetkan semua PPS yang tidak berdaftar atau diwartakan agar terus digazet secara automatik.

“Setelah PPS (yang tidak berdaftar) digazet, segala bantuan akan disalurkan kepada semua mangsa di pusat pemindahan. Ia sekali gus dapat mengelakkan segala kerenah birokrasi semasa menyampaikan bantuan.

“Selain itu, PPS yang baru sahaja digazetkan juga akan menerima bantuan daripada Nadma, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di PPS SK Jelor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, PPS SK Jelor merupakan salah sebuah pusat pemindahan yang tidak digazetkan yang ketika ini menempatkan seramai 500 orang mangsa banjir.

Menurutnya, dengan arahan yang dikeluarkan itu, penghuni yang berlindung di PPS itu layak menerima bantuan sama seperti mangsa banjir yang ditempatkan di lokasi yang digazetkan dengan serta-merta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI