fbpx

Banjir: Kerajaan bina PPS kekal di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) menyampaikan bantuan kepada seorang mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Jelor, Pasir Puteh hari ini.

PASIR PUTEH – Kerajaan akan mewujudkan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal dengan membina sebuah dewan di kawasan sekolah dan tanah lapang di seluruh negara termasuk negeri yang sering terjejas banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan bagi pembinaan PPS kekal itu akan diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) di daerah dan kawasan yang dilanda banjir.

Menurutnya, sehubungan itu, Menteri Besar akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Tanah dan Galian bagi mengenal pasti tanah untuk pembinaan PPS di kekal di negeri-negeri terlibat.

“Selepas itu, Kerajaan Pusat akan menyalurkan peruntukan untuk pembinaan PPS kekal di kawasan terlibat.

“PPS kekal itu boleh digunakan oleh pihak sekolah sebagai dewan semasa bukan musim banjir. Jadi, kegunaan dewan yang dijadikan sebagai PPS itu tidak bermusim,” katanya pada sidang media selepas melawat mangsa banjir di PPS SK Jelor di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, sekiranya gelombang ketiga banjir berlaku, langkah siap siaga perlu dilakukan oleh Nadma atas nasihat Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Seeloknya mangsa yang tinggal di lokasi berisiko banjir berpindah tiga hari sebelum banjir gelombang ketiga berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI