fbpx

Banjir: Bank tutup, penduduk Pasir Puteh tiada wang tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah bank yang masih ditutup meskipun kebanyakan kawasan di Pasir Puteh sudah pulih daripada banjir. FOTO TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Rata-rata penduduk di daerah ini bimbang apabila mereka kini kehabisan wang tunai di tangan selepas kebanyakan bank di daerah ini masih ditutup ekoran terjejas banjir sejak lima hari lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai yang berkunjung ke beberapa bank utama di sini untuk mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), pulang hampa apabila institusi kewangan itu ditutup.

Seorang suri rumah, Fatimah Ismail, 35, berkata, keadaan itu menyebabkan dia tidak dapat mengeluarkan wang tunai untuk membeli susu dan lampin anaknya selain barangan dapur.

Menurutnya, pembelian di kedai runcit di daerah ini memerlukan pembayaran tunai sehingga terpaksa ke pasar raya untuk menggunakan kad debit bank.

“Saya harap operasi bank yang tergendala tidak berlanjutan kerana ia akan menyusahkan pengguna mengeluarkan wang tunai untuk berbelanja. Kebanyakan warga emas tidak pandai menggunakan kad debit untuk membeli barangan.

“Keperluan wang tunai juga amat diperlukan oleh mangsa banjir bagi membeli peralatan membersih rumah selain untuk membeli keperluan asas. Saya berharap bank-bank di sini dibuka seawal mungkin untuk keperluan pelanggan,” katanya ketika ditemui Kosmo!, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI