fbpx

BAM akui silap daftar nama Ee Yi-Yew Sin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI dan gandingannya, Yew Sin akur tidak menyertai Indonesia Masters 2023 selepas BAM silap mendaftarkan nama pemain lain sebagai pasangannya.

KELIBAT beregu No. 7 dunia, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mungkin tidak dapat disaksikan pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters 2023 apabila berlaku kesilapan teknikal ketika proses pendaftaran nama pemain.

Yew Sin sepatutnya bergan­dingan dengan Ee Yi, namun kesilapan teknikal di pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) me­nyaksikan namanya didaftarkan bersama seorang pemain tidak dikenali, Chee Yik Shen.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh tanpa berselindung mengakui, kesilapan itu ber­punca daripada pihaknya dan beliau terkilan dengan insiden tersebut memandangkan Ee Yi-Yew Sin tidak dapat beraksi pada Indonesia Masters nanti.

Berdasarkan peraturan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), tidak ada sebarang perubahan boleh dilakukan selepas tarikh tutup pendaftaran kejohanan tersebut pada 14 Disember lalu.

“Saya terpaksa mengakui kesilapan di pihak kami memandang­kan selepas siasatan dilakukan, ternyata salah seorang kaki­ta­ngan BAM membuat kesilapan ketika mendaftarkan nama Ee Yi dan Yew Sin.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu panjangkan perkara ini dan akan berjumpa sendiri de­ngan mereka bagi menjelaskan perkara sebenar selain mencari jalan penyelesaian terbaik,” katanya ketika ditemui di Aka­demi Badminton Malaysia (ABM), Bu­kit Kiara kelmarin.

Pada masa sama, beliau turut menafikan tuduhan yang mendakwa BAM sengaja melakukan kesilapan tersebut bagi me­lakukan sabotaj terhadap beregu lelaki profesional itu untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Mengikut peraturan kelayakan Olimpik, setiap negara diperuntukan maksimum dua slot dalam setiap acara dengan syarat me­reka perlu berada dalam kelompok lapan terbaik ranking kelayakan ke Olimpik Paris.

Jika dilihat pada kedudukan semasa, juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke Olim­pik Paris dengan satu slot lagi bakal menjadi rebutan antara Ee Yi-Yew Sin dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI