fbpx

AIR Berhad jalin usaha sama dengan Adaro Water

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Saffian (kanan, memegang dokumen) pada majlis pemeteraian MoU antara AIR Berhad dengan Adaro Water di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Aliran Ihsan Resources Berhad (AIR Berhad) telah memeterai memorandum persefahaman dengan PT Adaro Tirta Mandiri (Adaro Water) bertujuan untuk pertukaran teknologi antara dua syarikat tersebut bagi membolehkan kedua belah pihak meneroka pasaran Indonesia dan Malaysia dalam bidang air sisa yang dikitar semula dan air sisa industri.

Adaro Water adalah cabang air daripada Adaro Group yang berpusat di Jakarta, Indonesia. 

Perniagaan utama syarikat  adalah pembinaan loji rawatan air melalui model perniagaan konsesi dan pengurangan Air Bukan Hasil (Non-Revenue Water) melalui Kontrak Berasaskan Prestasi. 

Ketua Pegawai Eksekutif AIR Berhad, Adam Saffian Ghazali berkata, pihaknya berbesar hati atas kerjasama yang terjalin dengan Adaro Group sebagai rakan kongsi yang progresif.

“Perkongsian ini membuktikan kepakaran kami dalam menyediakan spektrum penuh air, air sisa, rawatan penambakan untuk operasi, penyelenggaraan, pemulihan kemudahan dan rawatan sistem air,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut  berlangsung semasa Ekspo dan Forum Asiawater Edisi ke-12 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI