KEMUNCULAN pengacara juga pelawak popular, Yoo Jae-suk pada acara SBS Entertainment Awards baru-baru ini menarik perhatian.
Dalam majlis tersebut, Jae-suk dijulang sebagai pemenang hadiah utama dalam kategori 2022 SBS Entertainment Grand Prize.
Jae-suk menerima penganugerahan tersebut yang diadakan di SBS Prism Tower di Sangam, Seoul pada 17 Disember lalu.
Selepas namanya diumum sebagai pemenang, pelawak itu tampil memberikan ucapan terima kasih atas kemenangannya.
“Terima kasih. Saya menerima anugerah hari ini bukan sahaja untuk saya malah saya rasa pengiktirafan ini sewajarnya dikongsikan bersama pasukan Running Man,” ujarnya malu-malu.
Meskipun sudah berada dalam industri hiburan selama 31 tahun, Jae-suk tidak dapat menyembunyikan perasaan malu.
SBS diadakan untuk memberikan anugerah kepada penggiat seni terbaik untuk pelbagai program yang telah disiarkan sepanjang 2022.