fbpx

[VIDEO] Pemandu lagak samseng, ‘high beam’ berkali-kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tindakan pemandu menyalakan ‘high beam’ berkali-kali sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu kenderaan menyalakan lampu suluh tinggi (high beam) berkali-kali disamping mengekori rapat kenderaan dihadapannya telah mengundang kemarahan ramai.

Menerusi perkongsian Nick Qareen di kumpulan Facebook, DashCam Owner Malaysia, dia memuat naik rakaman kamera papan pemuka kenderaannya yang berada di hadapan dengan memperlihatkan tindakan ‘biadap’ pemandu tersebut yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Menurut Nick, jalan yang dilalui tersebut hanya mempunyai dua lorong, manakala di lorong kiri terdapat kenderaan berat.

“Dia punya ‘high beam’ boleh buta mata. Tak boleh menyabar agaknya.

“Orang tengah memotong kereta, bas dekat lorong kiri. Lorong ada dua ‘lane’ sahaja pun. Kalau tengah memotong kereta pun orang masih kata ‘lane hogger’, memang korang tak sekolah,” luahnya.

Jelasnya lagi, disebabkan rasa marah terhadap pemandu tersebut, dia turut membalas dengan lampu tinggi semula selepas kenderaan itu berjaya memotongnya.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan rata-ratanya mengecam tindakan pemandu tersebut.

“Kalau kena pada aku, memang aku pandu 20km/jam sahaja depan dia, kalau lepas potong, ikut bagi rapat nyalakan ‘high beam’ lama-lama, baru puas,” ujar seorang pengguna.

“Lain kali kau pijak ‘brek’. Biar dia mengelabah tekan brek,” ujar Hafis.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Abraham menyifatkan pemandu tersebut sebagai ‘tiada otak’ kerana menyusahkn pengguna jalan raya yang lain.

“Spesis yang tak ada otak, kalau nak bagi ‘high beam’ cukup sekali dua, bukan berkali-kali ganggu pemanduan orang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI