fbpx

Tiada kes Covid-19 libatkan mangsa banjir di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azimi (dua dari kanan) melakukan lawatan di PPS SK Cherating di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengesan sebanyak 100 kes pelbagai masalah kesihatan dalam kalangan mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Noor Azimi Yunus berkata, bagaimanapun hasil ujian saringan ke atas 1,014 mangsa banjir itu mendapati tiada antara mereka yang dikesan positif Covid 19 setakat ini.

“Sebanyak 62 kes melibatkan jangkitan salur pernafasan atas (Upper Respiratory Tract Infection), 18 kes penyakit kulit, 15 kes bergejala demam, tiga kes keracunan makanan (acute gastroentritis) dan dua kes konjuntivitis di kesan dalam kalangan mangsa banjir.

“Tiada kes tifoid, chickenpox (cacar air), kolera, leptospirosis, penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dan denggi dilaporkan setakat ini,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating di sini hari ini.

Menurutnya, JKNP menyediakan 67 pasukan yang ditugaskan untuk tujuan pencegahan, pemantauan persekitaran dan kawalan penyakit.

Selain itu katanya, sebanyak 95 pasukan sokongan kesihatan mental (MHPSS) disediakan bagi menangani masalah kesihatan mental di pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini.

Pasukan terbabit katanya, telah memberikan sokongan psikososial kepada 365 mangsa terjejas banjir dan 29 petugas barisan hadapan sejak beberapa episod banjir di negeri ini sehingga Selasa.

“Antara aktiviti psikososial diberikan oleh pasukan itu adalah relaksasi, terapi seni dan psiko pendidikan,” katanya.

Sementara, Noor Azimi berkata, semua fasiliti kesihatan di Pahang masih beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas akibat banjir setakat ini.

Katanya, namun persediaan awal dan kesiapsiagaan telah dilaksanakan dengan memastikan set, peralatan dan ubat-ubatan di fasiliti kesihatan berisiko banjir ditempatkan di lokasi yang selamat.

“JKNP telah menyediakan sebanyak 272 pasukan yang terdiri daripada 149 pasukan perubatan dan 123 pasukan kesihatan bagi menghadapi banjir kali ini.

“Pasukan perubatan berperanan memberi rawatan manakala pasukan kesihatan melakukan aktiviti pencegahan, pemantauan dan kawalan penyakit serta pemeriksaan persekitaran di PPS.

“Kita menasihatkan orang ramai, terutamanya mereka yang berada di PPS untuk mengambil air minuman dan makanan yang bersih bagi mengelak penyakit bawaan air dan keracunan makanan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI