PETALING JAYA – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat ke-25 mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali pada 11.20 malam tadi.
Menurut laman sosial Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, pasukan mencari dan menyelamat SAR Operasi Tanah Runtuh telah berjaya menemui mangsa yang ke-25.
Difahamkan mayat yang ditemui adalah seorang kanak-kanak perempuan di Sektor C.
Menurut kenyataan itu lagi, operasi mengeluarkan mangsa sedang dilakukan. -KOSMO! ONLINE.