fbpx

Tanah runtuh: Mangsa ke-26 ditemui, waris bergegas ke Sungai Buloh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga waris tiba di Hospital Sungai Buloh setelah menerima berita penemuan mangsa ke-26 hari ini. - Foto AMIR KHALID

SUNGAI BULOH – Tiga individu hadir di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, di sini, merupakan ahli keluarga mangsa yang masih hilang dalam tragedi tanah runtuh pada Jumaat lalu.

Dua wanita termasuk isteri mangsa yang merupakan warga asing hadir bersama seorang lelaki di Jabatan Forensik sekitar pukul 12.35 tengah hari tadi, sebaik menerima perkhabaran berkaitan penemuan mangsa ke-26 yang merupakan seorang lelaki dewasa.

Sebelum ini, pihak polis mengesahkan empat waris datang ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali, pada Isnin lalu untuk membuat pengesahan mengenai kehilangan bapanya.

Menurut hasil semakan yang dilakukan, bapa kepada waris berkenaan turut tersenarai dalam rekod mangsa yang masih hilang.

Susulan perkara itu, anak kepada mangsa difahamkan telah membuat laporan polis di Balai Polis Gohtong Jaya berhubung kehilangan bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI