fbpx

Soroklah selagi boleh, kebenaran akan terbongkar – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH LIYANA

KUALA LUMPUR – Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof memasuki episod apabila ada peminat yang terang-terangan mendedahkan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu sudah berkahwin dengan Ira Kazar.

Perkara tersebut dikongsikan aktres Suri Hati itu menerusi Insta Story malam tadi. Dalam beberapa perkongsian dia turut memberi bayangan bahawa Syamsul dan wanita dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka itu sebenarnya telah bernikah.

“Akak, kawan saya beritahu Ira sudah berkahwin dengan suami awak,” kata netizen berkenaan.

Tidak memberi balasan panjang lebar, ibu anak dua itu bagaimanapun mengungkapkan harapannya, agar semua penipuan dan perkara yang disembunyikan pihak terbabit (Syamsul dan Ira) akan terbongkar satu hari nanti.

“Soroklah selagi boleh dan kebenaran akan terbongkar nanti. Individu narsisis seperti anda akan sentiasa memanipulasi kebenaran.

“Saya tidak mahu hadap dengan perkara toksik. Penipu akan sentiasa menjadi penipu.

“Selamat maju jaya kepada anda berdua, kedua-duanya individu toksik! Semoga semuanya akan terdedah pada tahun 2023,” getusnya tanpa mendedahkan nama si pelaku yang dimaksudkan.

Sementara itu, Puteri Sarah juga kekal dengan pendirian mengunci mulut mengenai status rumah tangganya meskipun timbul pelbagai spekulasi, antara sedang dalam proses perceraian.

Puteri Sarah berkata, dia tidak mampu untuk menjangka perkara yang berlaku namun hanya berdoa agar diberikan hal yang terbaik, sama ada untuk diri sendiri mahupun nak-anak.

“Jika nak kata berlaku perubahan besar, tunggulah nanti saya kongsi tetapi tetap mengharapkan sesuatu yang positif bakal berlaku.

“Orang boleh bercakap apa saja suruh buat itu dan ini. Insya-Allah apa yang saya nak itu anda akan tahu nanti dan teruskan doakan untuk saya serta anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online di sini semalam.

Meskipun diasak, aktres berusia enggan memberi jawapan kukuh sama ada bakal bercerai dengan pengarah filem KL Gangster berkenaan.

“Saya tak tahu, Allah SWT yang menentukan. Sudah lama reda sebaik saya buat pendedahan tentang semua yang terjadi dan tiada rasa nak toleh belakang mahupun menyesal.

“Jadi azam tahun depan semoga saya mendapat sinar kebahagiaan walau apa keputusan yang saya pilih selepas ini. Saya mengharapkan doa orang ramai,” katanya lagi.

Sebelum ini, kisah kemelut rumah tangga pasangan itu berantakan kerana kehadiran orang ketiga. Sarah dan Syamsul juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung.

Pada Jun lalu, Puteri Sarah turut memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Difahamkan, Ira bakal diheret ke muka pengadilan oleh Puteri Sarah pada Ogos tahun depan.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI