fbpx

Russia tingkatkan keupayaan White Swan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video menunjukkan White Swan sedang berlepas. - East2West

MOSCOW – Tentera Russia mendedahkan rakaman ujian penerbangan pesawat pengebom supersonik terbesar dunia dalam apa yang disifatkan sebagai amaran kepada Barat tentang kekuatan senjata nuklear Kremlin, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Pesawat Tupolev Tu-160M atau dikenali sebagai White Swan itu melakukan penerbangan sulung kelmarin dan dilengkapi dengan peluru berpandu Dagger.

Rakaman video menunjukkan pesawat serba moden itu melakukan beberapa siri ujian penerbangan dan ia berjaya mendarat dengan selamat.

Antara ciri terhebat jet pengebom strategik itu adalah ia boleh membawa misil KH-47M2 Kinzhal, yang merupakan sebahagian daripada ciri yang telah ditambah baik.

Digelar sebagai Dagger atau Killjoy, peluru berpandu hipersonik berkeupayaan nuklear itu mampu mencetuskan kemusnahan besar dan boleh terbang pada jarak lebih 1,931 kilometer.

Ia juga boleh memuatkan sehingga 453 kilogram bahan letupan ataupun peledak.

“Sebuah lagi pesawat pengebom pembawa peluru berpandu strategik, Tu-160M yang dinaik taraf serta dibangunkan oleh Tupolev Company telah melakukan penerbangan sulungnya.

“Juruterbang melakukan gerakan di udara bagi memeriksa kestabilan pesawat, keupayaan operasi serta kawalan di udara,” demikian menurut kenyataan dikeluarkan United Aircraft Corporation Russia.

Tu-160M merupakan pesawat supersonik terbesar dalam sejarah penerbangan tentera serta jet perang terberat yang mampu membawa peluru berpandu kruz berkeupayaan nuklear.

White Swan telah pun menjadi aset pasukan peluru berpandu strategik Russia sejak era pemerintahan Kesatuan Soviet namun, ia kini ditambah baik dan diperbaharui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI