fbpx

Tipu kerja: 129 rakyat Malaysia masih gagal dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pekerjaan di sempadan Thailand-Myanmar selamat tiba di KLIA tadi. FOTO FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA- Kementerian Luar Negeri (KLN) menerusi Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja, Thailand, Laos dan Myanmar akan mempergiatkan usaha bagi menjejaki 129 orang mangsa sindiket pekerjaan yang dilaporkan masih gagal dikesan.

Menurut Wisma Putra, jumlah itu melibatkan satu kes di Kemboja selain Thailand (8), Laos (29) dan Myanmar (91).

“Sehingga 20 Disember 2022, kementerian secara keseluruhannya telah menerima 488 laporan melibatkan warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah sindiket penipuan di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.

“Daripada bilangan itu, seramai 359 orang berjaya diselamatkan dengan 331 mangsa telah dibawa pulang ke Malaysia dan 28 orang lagi masih berada dalam depoh tahanan bagi membantu proses siasatan serta urusan dokumentasi di negara-negara berkenaan sebelum dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Wisma Putra berkata, statistik mangsa sindiket yang berjaya diselamatkan setakat ini meliputi 227 orang di Kemboja, 61 orang di Laos, 38 orang di Thailand dan 33 orang di Myanmar.

Terdahulu, KLN berjaya membawa pulang seramai enam orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di sempadan Thailand-Myanmar.

Kesemua mereka selamat tiba selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 11.55 pagi tadi menerusi penerbangan Thai Airways TG415.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI