fbpx

Mercedes kembali temui ramuan juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON mampu kembali untuk mencabar kejuaraan musim depan selepas Mercedes mengesahkan mereka berjaya menemui formula terbaik untuk jentera mereka. – AFP

BRACKLEY – Pelumba Formula Satu (F1) Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton mungkin boleh berkira-kira untuk menjulang kejuaraan dunia kelapan musim depan selepas ketua strategi, James Vowles mendakwa sudah menemui ‘ramuan’ terbaik.

Vowles tanpa berselindung mengakui, pasukan itu akan kembali berada di petak hadapan pada saingan 2023 selepas kajian serta ujian dilakukan terhadap pakej yang digunakan sepanjang musim ini.

Beliau turut menjelaskan, pasukan kejuruteraan Mercedes kini sedang bekerja keras bagi memastikan jentera Silver Arrows itu kembali memberikan saingan lebih kompetitif kepada pasukan-pasukan pencabar lain.

“Apabila melihat di sekitar kilang pasukan, saya boleh lihat semua orang memiliki motivasi cukup tinggi dan bekerja keras selepas apa yang berlaku kepada pasukan sepanjang musim 2022.

“Apa yang penting sekarang adalah kami mahu kembali ke kedudukan teratas dan tunjukkan kepada dunia bahawa kami tahu bagaimana untuk menjadi pemenang. Kami tidak boleh sia-siakan peluang sepanjang waktu rehat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Vowles percaya pasukan-pasukan lain juga sedang bekerja keras bagi menghasilkan jentera terbaik memandangkan saingan musim baharu nanti lebih sukar selepas pengenalan bebe­rapa peraturan baharu.

“Memang saya tahu banyak pasukan yang sedang bekerja keras sama seperti kami setiap hari. Tujuannya adalah memastikan jentera mampu memecut lebih laju dalam setiap ujian yang dilakukan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI