fbpx

Malaysia Airports rekodkan 5.17 juta penumpang bulan November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertambahan syarikat penerbangan tambang murah telah menggalakkan masyarakat kembali menggunakan pengangkutan udara ke destinasi masing-masing. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Malaysia Airports merekodkan jumlah pergerakan penumpang sebanyak 5.17 juta pada November lalu yang mana daripada jum­lah tersebut, sebanyak 2.23 juta penumpang terdiri daripada segmen antarabangsa dengan mencatat kenaikan sebanyak 5.9 peratus berbanding bulan sebe­lumnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, penumpang domestik pula mencatat pergerakan sebanyak 2.93 juta turun sebanyak 11.5 peratus.

“Bagi statistik Kumpulan pula, Malaysia Airports mencatat 7.84 juta penumpang yang direkodkan pada bulan November yang mana daripada jumlah tersebutpenumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, Turkiye direkodkan sebanyak 2.66 juta” jelasnya.

Pada bulan ini juga, Malaysia Airports juga mengalu-alukan kedatangan dua syarikat pe­nerbangan dan menyaksikan pen­yambungan semula empat perkhidmatan pra pandemik serta satu laluan baharu antarabangsa.

Selain itu, Emirates juga telah membawa Airbus A380, pesawat komersial terbesar dunia untuk beroperasi bagi laluan Dubai ke Kuala Lumpur.

Langkah strategik itu bertujuan untuk memenuhi pertambahan pelanggan dan pesawat A380 berkeupayaan untuk memenuhi muatan penuh berganda yang mana sebelum ini syarikat menggunakan pesawat Boeing 777 untuk laluan berkenaan.

“Sebanyak 13,869 pergerakan pesawat direkodkan di Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada bulan November menyaksikan penumbuhan sebanyak 12 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Antara faktor penyumbang kepada kenaikan tersebut termasuk pengenalan syarikat pe­nerbangan tambang murah baharu, Spring Airlines yang merupakan satu-satunya syarikat penerbangan dari Nanning, China seminggu sekali,” jelasnya.

Selain itu, AirAsia X telah memulakan semula penerbangan dari KLIA ke Jeddah dengan enam kali se­minggu, dpilihan pe­nerbangan mampu milik untuk menunaikan ibadah umrah.

Selain itu, Lapangan Terbang Kuantan juga menyaksikan pe­nerbangan semula Fly Scoot’s untuk laluan Singapura ke Kuantan sebanyak tiga kali seminggu.

“Pembangunan positif dalam bulan Disember ini turut menyaksikan syarikat penerbangan tambang murah terbaharu, MYAirline telah memulakan penerbangannya ke Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak; Kota Bharu, Kelantan dan Pulau Pinang setiap hari,” jelasnya.

Selain itu, penerbangan semula laluan antarabangsa turut merancakkan lagi industri penerbangan dengan AirAsia X ke Taipei melalui penerbangam tiga kali seminggu, penerba­ngan Cathay Pacific bagi laluan Hong Kong ke Pulau Pinang sebanyak tiga kali seminggu serta penerbangan AirAsia untuk laluan Singapura ke Sibu Sarawak.empat kali seminggu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI