fbpx

Mahkamah: Emilia Hanafi dikenakan waran tangkap, gagal hadir prosiding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emilia Hanafi (kiri) ketika hadir di Mahkamah Majistret sebelum ini. Gambar fail

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas isteri ahli perniagaan, Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi kerana gagal hadir prosiding perbicaraan semalam.

Perkara itu disahkan peguam yang mewakili S.M Faisal, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut peguam itu, Hakim Syarie, Azzeman Omar mengeluarkan waran tangkap itu selepas Emilia selaku responden dan peguam syarie yang mewakilinya tidak hadir tanpa sebab.

“Responden dan peguamnya gagal untuk hadir, biarpun tarikh prosiding lalu, pada 21 September dihadiri kedua-dua pihak. Selain itu responden juga gagal memfailkan afidavit tunjuk sebab dua minggu sebelum tarikh bicara semalam (20 Disember),” kata peguam itu.

Mendengar perkara tersebut, mahkamah kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap Emilia.

Sementara itu, peguam syarie Nazri Yahya yang mewakili Emilia ketika dihubungi sebentar tadi berkata, pihaknya baru sahaja mengetahui mengenai isu waran tangkap tersebut hari ini.

“Dalam rekod kami, prosiding yang ditetapkan pada semalam untuk memfailkan afidavit tambahan, malah peguam responden hadir ke mahkamah bagi tujuan tersebut sejak pukul 8.30 pagi. Kami terkejut apabila mendapat tahu mengenai waran tangkap dikeluarkan terhadap Emilia, ” katanya.

Nazri berkata, selepas anak guamnya menjalani hukuman tujuh hari penjara, dia tidak gagal untuk menghadiri mana-mana prosiding syariah atau sivil.

Oleh itu beliau berkata, mereka akan memberi penjelasan dan mendapatkan arahan lanjut daripada mahkamah, esok.

Untuk rekod pada 27 Jun lalu, Emilia, 43, menjalani hukuman penjara tujuh hari di Penjara Kajang, kerana gagal mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI