fbpx

Lelaki bunuh saudara bawa isteri ke pasar malam sebab cemburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bebun (berbaju oren) membunuh saudaranya disebabkan perasaan cemburu. - Ngopibareng

JAKARTA – Polis Probolinggo dalam wilayah Jawa Timur memberkas seorang lelaki dikenali sebagai Bebun kerana disyaki membunuh saudaranya sendiri disebabkan terlalu cemburu, lapor laman berita Kompas semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu membunuh saudaranya dikenali sebagai Fa kerana mengajak isterinya berjalan-jalan ke pasar malam.

Menurut seorang pegawai polis, Jamal, kejadian itu berlaku Jumaat lalu yang mana suspek membunuh mangsa dengan menggunakan sabit disebabkan perasaan cemburu.

Jamal berkata, kejadian tersebut bermula apabila Bebun melihat Fa menunggang motosikal. Dia kemudian mengejar mangsa sebelum membunuhnya.

Penduduk yang menyaksikan kejadian itu bertindak melaporkannya kepada polis.

Bebun sempat melarikan diri dan bersembunyi di kediaman saudaranya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian, namun dia dapat ditangkap polis kira-kira tiga jam selepas kejadian.

Mangsa pula dihantar ke sebuah hospital selepas kejadian tersebut. 

“Kami merampas barang bukti berupa sarung sabit yang digunakan untuk membunuh mangsa di tempat kejadian,” kata Jamal. 

Bebun berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika didapati bersalah membunuh mangsa mengikut undang-undang Indonesia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI