fbpx

Larang media lapor kenyataan sensitif dibantah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit ketika hadir pada sesi perbicaraan di Mahkamah Tenom.

TENOM – Pihak pendakwaan membantah permintaan peguam bela mewakili Ebit Lew yang memohon mengeluarkan perintah larangan terhadap media agar tidak melaporkan kenyataan sensitif yang digunakan sebagai bukti di mahkamah.

Majistret Nur Asyraf Zolhani memaklumkan, pendengaran kes dilakukan di mahkamah awam maka media berhak melaporkan apa-apa yang dinyatakan di dalam mahkamah.

Beliau berkata, memandangkan pihak pendakwaan ingin memfailkan semakan semula kes di Mahkamah Tinggi mengenai perkara itu maka mahkamah tidak akan melayan permohonan perintah larangan dikemukakan peguam, Ram Singh hari ini.

Terdahulu, Ram memaklumkan anak guamnya iaitu Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim, 37, melahirkan kebimbangan tentang publisiti dilaporkan dalam media mengenai kenyataan sensitif atau bukti yang dinyatakan semasa perbicaraan.

Ini kerana ia boleh menyakiti pengadu dan juga mengganggu emosi anak guam serta keluarganya.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria memberitahu, dalam perbicaraan yang dilakukan di mahkamah awam, media tidak boleh selektif untuk memilih atau memutuskan apa yang sensitif terhadap tertuduh atau pengadu.

Justeru, pihak pendakwaan membantah permintaan pihak peguam bela untuk mengenakan perintah larangan kepada media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI