fbpx

Kod lampu isyarat kesan kecukupan bekalan asas di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zuhairi (depan)ketika meninjau bekalan asas di sebuah pasar raya di Klang, hari ini.

KLANG – Sistem lampu isyarat digunakan sebagai mekanisme dalam mengklasifikasikan kecukupan bekalan asas termasuk telur di sesuatu lokaliti atau premis di Selangor.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, sistem berdasarkan kod warna itu akan memudahkan pihaknya mengambil tindakan secara menyeluruh bagi memastikan bekalan keperluan tersebut tidak terjejas disebabkan faktor-faktor tertentu.

Katanya, warna hijau melambangkan bekalan mencukupi, kuning (kurang bekalan) dan merah menunjukkan lokaliti atau premis tiada bekalan.

“Jenis barangan yang menjadi fokus seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, barang basah (termasuk ayam dan telur ayam) yang menjadi tumpuan pengguna khususnya di Selangor.

“Langkah itu juga dijayakan menerusi analisa terhadap dapatan atau data dalam Ops Terjah. Kita akan menilai tahap kecekapan rantaian pengedaran dan penyaluran bekalan sehingga ke peringkat peruncit,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi mengejut Ops Terjah di Pasaraya AEON Big Klang, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI