fbpx

Kes denggi meningkat 248.1 peratus di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aktiviti awalan vektor melibatkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes merupakan antara tindakan mencegah kes demam denggi di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Bilangan kes demam denggi di negeri ini sejak Januari hingga 17 Disember lalu merekodkan 1,347 kes dan satu kematian.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Ma’arof Sudin berkata, kes dilaporkan meningkat 248.1 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2021 (387 kes).

“Bagaimanapun, jumlah kes tahun ini lebih rendah berbanding sebelum pandemik Covid-19 iaitu penurunan 66.8 peratus (4,061 kes) pada 2019.

“Kejadian wabak denggi yang dilaporkan sehingga 17 Disember lalu adalah 124 wabak, berbanding sembilan wabak dalam tempoh sama pada 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, daripada 124 wabak denggi yang dilaporkan, 94 wabak telah tamat manakala 30 wabak masih aktif.

Dalam pada itu, katanya, aktiviti pencegahan juga dipertingkatkan di lokaliti keutamaan dan berisiko di seluruh Pulau Pinang.

“Sehingga 17 Disember lalu, sebanyak 484,640 premis diperiksa dan 905 kompaun bernilai RM452,500 dikeluarkan kepada pemilik premis yang dijumpai terdapat pembiakan Aedes,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI