fbpx

Iklan syabu, ekstasi dalam WeChat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA dadah bernilai RM371,075 yang dirampas polis daripada seorang pengedar berusia 28 tahun yang ditahan di Johor Bahru, tengah malam hari ini.

JOHOR BAHRU – Kegiatan seorang lelaki yang aktif menjual dadah menggunakan aplikasi WeChat akhirnya terbongkar apabila dia diberkas bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM371,075.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 28 tahun berkenaan ditahan pada pukul 12.15 tengah malam tadi, di sekitar bandar raya ini.

“Modus operandi digunakan suspek adalah dengan mengiklankan bahan terlarang tersebut menggunakan aplikasi WeChat sebelum menghantar dadah yang disimpan di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Saga kepada pelanggan di sekitar bandar raya ini.

“Siasatan awal mendapati suspek telah bergiat aktif dengan kegiatan tersebut sejak Oktober lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Raub, ketika serbuan dibuat, polis turut merampas 6.85 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 145 biji pil ekstasi dan 74 gram (g) ketamin dengan nilai RM371,075.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas kenderaan digunakan suspek bernilai RM15,000 dan wang tunai sebanyak RM400, menjadikan keseluruhan rampasan berjumlah RM386,475,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI