fbpx

Ikan bergigi manusia gigit penyelam skuba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan itu menggigit kaki Pikul yang menyelam di atas sarang telurnya. - Kennedy News / Mar Hosted Trips

KAHERAH – Seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) digigit seekor ikan bergigi tajam yang kelihatan seperti gigi manusia semasa menyelam di pantai Sharm el-Sheikh, Mesir, baru-baru ini, lapor akhbar New York Post semalam.

Alex Pikul, 31, menyertai kumpulan pelancong selam skuba selama tiga minggu pada September lalu.

Ketika menyelam, Pikul terseret ke atas sarang ikan ‘triggerfish’ selepas tersasar dari laluan akibat dihanyutkan arus deras.

Semasa kumpulan itu berenang, seekor ikan ‘triggerfish’ jantan telah menyerang mereka dan menggigit kaki Pikul sehingga dia terpaksa memegang betisnya akibat kesakitan.

“Maira (pemilik syarikat menyelam) pergi dahulu dan tiba-tiba seekor ikan triggerfish mula mengejarnya dan jadi saya berenang dan cuba menghalaunya.

“Ia mengejutkan saya dan ia pasti menyakitkan, tetapi tidak mengoyakkan kulit, jadi ia tidak berbahaya,” kata pemilik kafe itu kepada agensi berita South West News Service.

Serangan itu berjaya dirakam oleh kamera, manakala Pikul yang sudah menyelam sejak 2020 mengimbau kembali pengalaman pahit itu yang diakuinya agak kelakar.

“Saya pernah melihat ‘triggerfish’ sebelum ini, tetapi apabila saya melihat video itu kembali, saya fikir ia kelakar,” katanya.

Walaupun ikan itu menggigit kakinya dan meninggalkan kesan berbentuk gigi, penyelam berpengalaman itu tidak menyalahkannya kerana ia cuba melindungi telurnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI