fbpx

Hospital huru-hara, pesakit tiba dengan peluru meriam tersekat dalam dubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru meriam itu berukuran panjang hampir 20 sentimeter. - Twitter / @acommonlawyer

PARIS – Sebilangan pesakit sebuah hospital di Perancis dipindahkan Sabtu lalu selepas seorang warga emas tiba dengan sebutir peluru meriam dari era Perang Dunia Pertama yang tersekat dalam duburnya, lapor akhbar New York Post semalam.

Pesakit berusia 88 tahun itu mengunjungi Hospital Sainte Musse di bandar Toulon untuk mengeluarkan bahan letupan antik itu, namun sebaliknya mencetuskan babak ‘kegerunan terhadap bom’, lapor agensi berita Var-Matin.

“Situasi kecemasan berlaku dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam (waktu tempatan) pada Sabtu lalu yang memerlukan campur tangan unit pemusnah bom, pemindahan pesakit dewasa dan kanak-kanak serta kerahan ambulans.

“Kami terpaksa menguruskan risiko itu dalam rangka kerja reaktif. Apabila ragu-ragu, kami mengambil semua langkah berjaga-jaga,” kata jurucakap hospital.

Pakar pemusnah bom di tempat kejadian kemudian menentukan kemungkinan bahawa peluru itu akan meletup di dalam badan lelaki tersebut.

“Mereka meyakinkan kami dengan memberitahu bahawa ia adalah barang dari Perang Dunia Pertama yang digunakan oleh tentera Perancis,” kata hospital berkenaan.

Doktor kemudian memulakan proses mengeluarkan objek itu yang berukuran hampir 20 sentimeter (sm) panjang dan lebih 5 sm lebar dari rektum pesakit tersebut.

Dia kini dipercayai berada dalam keadaan stabil dan dijangka pulih sepenuhnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI