fbpx

Guatemala pintas kapal selam dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 19 Februari 2020 menunjukkan sebuah kapal selam dadah yang dirampas oleh pihak berkuasa. -- AFP

BANDAR GUATEMALA – Pihak berkuasa Guatemala memintas sebuah kapal selam sarat dengan narkotik, memberkas dua rakyat Ecuador dan seorang warga Colombia di dalamnya serta merampas lebih 1.7 tan dadah, kata pejabat pendakwa raya kelmarin.

Jurucakap pejabat pendakwa raya, Moises Ortiz berkata, dadah berkenaan dianggarkan bernilai AS$23.2 juta(RM102.8 juta).

Menurutnya, kapal selam separa itu ditahan Jumaat lepas di perairan antarabangsa, luar pantai Guatemala dan ditunda ke sebuah pangkalan tentera laut di selatan negara itu.

Pejabat pendakwa raya menyifatkan rampasan itu sebagai tamparan besar terhadap jenayah rentas sempadan.

“Pada tahun lalu Guatemala merampas lebih 11 tan kokain,” demikian menurut kementerian dalam negeri, penurunan 20 peratus berbanding 2020.

Menurut sumber rasmi, kartel-kartel antarabangsa dengan bantuan penyeludup tempatan, mengangkut dadah dan mengubah wang haram di Guatemala serta negara Amerika Tengah yang lain sekali gus mencetuskan keganasan di rantau berkenaan.

Di Guatemala, kebanyakan daripada 3,210 kes pembunuhan yang berlaku tahun lalu melibatkan perang antara geng penjenayah untuk mengawal perdagangan dadah, laluan bas dan peras ugut.

Menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pula, sekitar 90 kokain yang memasuki AS tiba melalui Mexico dan negara-negara Amerika Tengah melalui pesawat kecil, bot dan kapal selam.

Sebahagian besar daripada sumber dadah itu datang dari Colombia, Peru dan Bolivia di Amerika Selatan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI