fbpx

Dua penyeludup cabut lari tinggal 25 tong petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota KPDNSH bersama anggota polis memeriksa tong berisi 510 petrol yang dirampas di stesen minyak Kampung Chawas, Tanah Merah hari ini. - IHSAN KPDNKSH

TANAH MERAH – Dua penyeludup cabut lari selepas dua buah kereta dipandu mereka yang sarat membawa sebanyak 510 liter petrol bernilai RM1,045.50 berhampiran sebuah stesen minyak di Kampung Chawas di sini hari ini.

Serbuan dijalankan anggota unit kenderaan pelbagai guna (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah semasa menjalankan rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 5.25 pagi yang kemudian menyerahkan kes itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH).

Ketua Penguat Kuasa KPDNKSH Cawangan Tanah Merah Ahmad Azizi Abdul Kadir berkata, dua lelaki itu dipercayai sedang mengisi minyak di dalam bekas tong plastik di dalam kereta jenis Proton Wira yang dipandu mereka.

Menurutnya, menyedari kehadiran pihak berkuasa, kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri.

“Pemeriksaan di dalam salah sebuah kereta menemui lapan tong plastik berisi 160 liter minyak petrol manakala sebuah lagi membawa 17 tong plastik yang mengandungi 350 liter bahan api itu.

“Siasatan mendapati, kedua-dua suspek disyaki sudah berpakat dengan pemilik stesen minyak itu kerana premis itu sepatutnya dibuka pada pukul 7 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Ahmad Azizi, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 12a Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana pemilik stesen telah gagal untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI