fbpx

Dr. Idzu terima Anugerah Pencapaian Tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi kumpulan nasyid Saujana, Dr Idzu. Baharin menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class).

PETALING JAYA – Penyanyi kumpulan nasyid Saujana, Dr. Idzu Baharin menerima Anugerah Pencapaian Tertinggi (High Achiever Award -Top in Class) pada konvokesyen European International University, Paris cawangan Kuala Lumpur dan International Institute of Wellness & Aesthetic Medicine.

Idzu Baharin, 42, atau nama sebenarnya Khairul Idzwan Baharin dianugerahkan atas kejayaan dan pencapaian dalam bidang Professional Diploma in Advanced Aesthetics, Assured by City & Guilds of London Institute.

Idzu berkata, pada usia sekarang bukan halangan untuk dirinya atau sesiapa saja menuntut ilmu sekali gus memajukan diri dan menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Dengan anugerah dan pencapaian diraih ini, saya ingin membukitikan usia bukan penghalang untuk terus menuntut ilmu. Malah, generasi muda tidak sepatutnya pernah berhenti belajar atau putus asa walaupun sudah berusia atau sudah berjaya dalam apa peringkat pengajian sekali pun.

“Ilmu ini sangat luas dan kita mesti sentiasa dahagakan ilmu. Jadi, adik-adik atau sesiapa saja mungkin cara pembelajarannya lain sikit dengan adanya media sosial. Tapi jangan anggap ilmu itu sudah tidak penting. Ilmu dan sistem pendidikan masih lagi penting,” katanya.

Menurutnya yang juga pemilik syarikat Cell Tissue Sdn. Bhd., teknologi yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya dalam apa juga perkara termasuk pembelajaran.

“Kita perlu menjadikan teknologi yang ada sekarang ini sebagai pelengkap dan bukannya pilihan. Keduanya mesti ada.

“Pembelajaran secara formal perlu ada dan dalam masa sama penggunaan teknologi juga perlu ada. Kemudian barulah kita boleh tingkatkan taraf diri, pencapaian dan kejayaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI