fbpx

DOA tiada kuasa keluarkan permit tapak perkhemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang memasuki hari keempat di lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali. Gambar fail

PUTRAJAYA – Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) menjelaskan bahawa jabatan itu tiada kuasa untuk meluluskan sebarang permit tapak perkhemahan.

DOA berkata, Pejabat Pertanian Daerah Hulu Selangor juga tidak pernah memberi ulasan atau berbincang mengenai permit tapak perkemahan bersama pengusaha Father’s Organic Farm.

“Perkara (permit tapak perkemahan) itu dan sebagainya adalah di luar bidang kuasa DOA,” katanya tadi.

Katanya, pihaknya ingin menegaskan bahawa dakwaan Father’s Organic Farm adalah tidak benar dan DOA hanya memberi khidmat nasihat berkaitan proses dan kaedah mendapatkan pensijilan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic).

DOA berkata, jabatan itu berfungsi memberikan khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.

“Jabatan ini turut menguatkuasakan akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit serta memudahkan perdagangan antarabangsa,” katanya.

Menerusi laporan berita semalam, jurucakap Father’s Organic Farm mendakwa tidak dapat memohon permit perkhemahan kerana tiada pihak yang mempunyai kuasa memberi kelulusan permit itu termasuk DOA. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI