fbpx

Cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu bermula Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang ditangguhkan sebelum ini akan dilaksanakan di negara ini bermula 1 Januari depan.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berkata kandungan pindaan itu melibatkan penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari selain pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Katanya, perkara ini harus diteruskan kerana undang-undang ini sudahpun diluluskan Parlimen.

“Sebahagian besar pindaan yang dibuat adalah berdasarkan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Pelaksanaan perkara ini yang tertangguh sebelum ini adalah penting untuk kita laksanakan, ia jaminan kepada pekerja,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada pelaksanaan akta itu perlu ditangguhkan hingga 1 Januari 2024 bagi memberi lebih masa kepada pemain industri dan majikan.

Media sebelum ini melaporkan pindaan Akta Kerja 1955 sepatutnya berkuatkuasa 1 September lalu, tetapi ditangguhkan ke 1 Januari 2023.

Penangguhan itu dibuat susulan pemain industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan atas beberapa faktor termasuk memerlukan sedikit masa berikutan masih dalam proses pemulihan ekonomi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI