PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramalkan melanda daerah Hulu Perak hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu diramalkan sehingga pukul 12 tengah hari.
“Amaran (cuaca buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE