fbpx

Bukan tapak kaki harimau belang di Batu Kikir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular sejak semalam berkenaan dakwaan penemuan tapak kaki harimau belang yang didakwa penduduk di Batu Kikir, Jempol.

JEMPOL – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan kini sedang menyiasat mesej tular penemuan tapak kaki harimau belang di Batu Kikir, di sini, sejak semalam.

Pengarahnya, Nurul Ermi Ramli berkata, setakat ini siasatan menunjukkan terdapat kesan tapak kaki di lokasi berkenaan, namun bukan tapak kaki harimau belang.

Menurutnya, penemuan dengan pihak yang menularkan berita mengenai perkara itu juga mendapati pengadu tidak pasti jenis haiwan dan hanya beranggapan kesan itu adalah tapak kaki harimau belang.

“Siasatan mendapati bahawa tapak tersebut adalah tapak spesies binatang lain. Sehingga kini tiada individu yang tampil membuat aduan dan siasatan berdasarkan maklumat yang tular di Batu Kikir.

“Buat tahun ini, pihak jabatan masih belum menerima sebarang aduan harimau belang di negeri ini, namun menasihatkan penduduk supaya tidak bimbang kerana pihak jabatan sentiasa membuat pemantauan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sejak semalam tular mesej mendakwa kehadiran harimau belang di sekitar Batu Kikir, di sini.

Kosmo! pada November 2020 melaporkan penduduk di daerah Kuala Pilah dinasihatkan tidak panik mengenai dakwaan kehadiran harimau belang di kawasan berkenaan memandangkan haiwan liar itu hanya mendiami kawasan tertentu di Malaysia.

Dalam pada itu, Nurul Ermi berkata, tahun ini pihaknya menerima sebanyak 14 aduan harimau kumbang, namun tidak semuanya berasas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI