fbpx

Belanda minta maaf terlibat perhambaan selama 250 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUTTE menyampaikan ucapan permohonan maaf di Arkib Nasional, The Hague kelmarin. -- AFP

THE HAGUE – Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte meminta maaf secara rasmi di atas penglibatan selama 250 tahun Belanda dalam perhambaan, menyifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan.

Permohonan maaf itu dibuat hampir 150 tahun selepas perhambaan di koloni-koloni seberang laut Belanda berakhir termasuk Surinam di Amerika Selatan, Indonesia di timur dan kepulauan Caribbean seperti Curacao serta Aruba.

Dalam reaksi pertama oleh bekas negara jajahan Belanda berhubung perkara itu, Perdana Menteri Aruba, Evelyn Wever-Croes menerima permohonan maaf Rutte.
“Hari ini (kelmarin) bagi mewakili kerajaan Belanda, Saya memohon maaf di atas perbuatan masa lalu negara Belanda,” kata Rutte dalam satu ucapan dan mengulangi permohonan maaf tersebut dalam bahasa Inggeris serta Papiamento dan Sranan Tongo iaitu bahasa percakapan di Kepulauan Carribean serta Surinam.

“Kerajaan Belanda dan Netherlands memikul tanggungjawab di atas penderitaan besar yang berlaku kepada rakyat jelata yang dijadikan hamba serta keturunan mereka.

“Kita yang hidup di dunia ini dan pada masa ini, hanya dapat mengesahkan perbuatan perhambaan ini berlaku dan mengutuknya dalam terma yang sejelas-jelasnya sebagai jenayah kemanusiaan,” tambah Rutte.

Kerajaan Belanda berkata, beberapa acara peringatan akan diadakan bermula dari tahun depan dan mengumumkan dana AS$212 juta (RM937.46 juta) untuk tujuan inisiatif sosial.

Timbalan Perdana Menteri, Sigrid Kaag berkata semasa lawatan rasmi beliau ke Surinam minggu lalu bahawa satu proses akan bermula dan berakhir ‘dengan detik yang amat penting pada 1 Julai 2023’

Keturunan daripada mangsa perhambaan Belanda ketika itu akan meraikan ulang tahun ke-150 pembebasan daripada belenggu perhambaan dalam majlis tahunan yang dinamakan Keti Koti (Putuskan Rantai) di Surinam.

Belanda membiayai (Era Keemasan) empayar dan kebudayaan mereka dalam kurun ke-16 dan kurun ke-17 dengan menghantar kira-kira 600,000 penduduk keturunan Afrika sebagai sebahagian daripada perdagangan hamba dengan kebanyakan mereka dihantar ke Amerika Selatan dan rantau Carribean. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI