fbpx

6 mayat tentera laut Thai ditemui, misi mencari dan menyelamat diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tentera yang terselamat dibawa menggunakan pesawat di sebuah pangkalan tentera di wilayah Rayong, semalam. - AFP

BANGKOK – Enam mayat tentera laut Thailand yang hilang ditemui semalam di samping seorang mangsa terselamat selepas sebuah kapal perang karam di Teluk Siam Ahad lalu.

Seramai 76 anak kapal HTMS Sukhothai telah diselamatkan selepas kapal tersebut karam lewat Ahad lalu, kira-kira 37 kilometer di luar pantai tenggara Thailand.

“23 anggota lagi masih hilang,” kata seorang jurucakap tentera laut.

Beberapa helikopter, dua pesawat dan empat buah kapal yang terdiri daripada HTMS Kraburi, HTMS Angthong, HTMS Naresuan dan HTMS Bhumibol Adulyadej meneruskan pencarian mangsa semalam.

“Hasil daripada itu, empat mayat ditemui,” kata Ketua Komander Tentera Laut Diraja Thailand, Choengchai Chomchoengpaet dalam satu sidang akhbar di Bangkok.

Angka itu kemudian dinaikkan kepada enam mayat.

“Kami akan meneruskan pencarian sehingga misi ini selesai dan membawa pulang anggota tentera kita,” kata Choengchai.

Sebuah helikopter dikerah untuk membawa mayat-mayat mangsa yang ditemui lewat semalam. Ia kemudian dibawa oleh ambulans ke sebuah hospital untuk menjalani bedah siasat.

HTMS Sukhothai dipercayai menghadapi masalah selepas sistem elektroniknya rosak.

“Sistem operasi kapal itu berhenti berfungsi, menyebabkan ia hilang kawalan,” kata seorang jurucakap. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI