fbpx

UPSI agih RM469,400 kepada 100 pelajar asnaf, B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (tengah) dan Mohd. Abdul Nasir (empat dari kiri) bersama wakil-wakil daripada syarikat korporat semasa Pelancaran Dermasiswa kepada 100 pelajar golongan asnaf serta B40 di Kolej Za’aba, Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim semalam.

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) mengagihkan RM469,400 kepada 100 pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf dan B40 pusat pengajian tersebut.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, peruntukan tersebut merupakan sebahagian sumbangan zakat korporat yang telah disumbangkan kepada UPSI.

“UPSI terbina seratus tahun yang lampau melalui rasa cinta dan prihatin Raja-Raja Melayu iaitu Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang menginfakkan harta kepada perjuangan bangsa Melayu telah dijajah lebih 500 tahun lamanya oleh kuasa asing.

“Menerusi rasa cinta itu, hari ini dizahirkan pula oleh syarikat-syarikat korporat yang menyumbang ratusan ribu ringgit kepada anak-anak bangsa Malaysia menerusi zakat yang telah disumbangkan kepada UPSI,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pelancaran 100 Dermasiswa WEZAS Sempena 100 Tahun UPSI di Kolej Za’aba, Kampus Sultan Azlan Shah di sini.

Menurut Md. Amin, menerusi peruntukan tersebut, terdapat tiga pecahan kategori pelajar bakal menerima manfaat iaitu kategori pertama sebanyak RM3,500 elaun sara hidup, elaun buku dan yuran pengajian setiap semester.

“Kategori seterusnya para pelajar akan menerima kira-kira sejumlah RM1,500 hingga RM2,100 merangkumi elaun sara hidup dan yuran pengajian setiap semester manakala kelompok terakhir akan menerima RM600 untuk elaun sara hidup setiap semester,” jelasnya.

Pada masa sama, Md. Amin turut menerima serahan sumbangan korporat sebanyak lebih daripada wakil-wakil lima buah syarikat korporat bernilai kira-kira RM 1.04 juta daripada Lembaga Tabung Haji, Etiqa General Takaful Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Radicare Sdn. Bhd. dan Bank Islam Malaysia Berhad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI