fbpx

Tauke nasi lemak RM1, pembeli ‘bergaduh’ nak sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pembeli hampir 'merajuk' apabila peniaga tidak terima bayaran.

PETALING JAYA – Tular di media sosial mengenai nasi lemak bernilai RM1 yang diberi secara percuma kepada pelanggan hampir setiap hari di Desa Coalfields, Sungai Buloh.

Namun disebalik amalan yang menjadi tuntutan agama itu, terselit kisah lucu apabila tercetusnya ‘pergaduhan’ setelah pelanggan tetap berkeras mahu membayar.

Melalui perkongsian peniaga tersebut di TikTok Bangsudu, dia memaparkan pelbagai taktik yang digunakan para pembeli dalam memastikan bayaran kepadanya berjaya dibuat.

Menerusi video tersebut, seorang pemuda dilihat hampir ‘merajuk’ apabila gagal membuat bayaran untuk nasi lemak yang dibeli, setelah ditolak berkali-kali oleh Bangsudu.

Sehingga tiba kepada pembeli kedua, dia seolah-olah dapat menghidu ‘modus operandi’ yang digunakan lantas mencampak duit bayaran ke dalam bakul dan terus lari sejurus menerima nasi lemak daripada peniaga tersebut.

Tindakan peniaga dan pelanggan-pelanggannya itu bukan sahaja mengundang tawa netizen malah rata-rata memuji kebaikan kedua-dua pihak dalam bersedekah.

“Ni content (kandungan) paling bijak aku tengok. Terkesima jap aku tengok kemahiran mereka berdua ni,” komen TeratakWanZue.

“Siapa geng ulang-ulang tengok? Setiap kali ulang memang gelak tak agak. Moga rezeki yang baik-baik bertambah buat kalian,” kata seorang lagi netizen.

“Selalu orang lari sebab tak nak bayar ni dah terbalik,” ujar Azroy Roy.

Difahamkan, peniaga itu bertindak memberi jualannya secara percuma berikutan menyampaikan sedekah yang dibuat individu melalui jualannya.

Video tersebut sehingga kini berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi iaitu sebanyak 3.5 juta dengan 5,096 komen sejak ia dikongsikan semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI