fbpx

Seorang maut, 2 cedera nahas Kancil bertembung Bezza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Taman Bukit Flora 17, Batu Pahat.

BATU PAHAT – Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Taman Bukit Flora 17 dekat sini malam semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Hazri Saaban berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.36 malam.

Susulan itu seramai katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan kereta jenis Kancil dan Perodua Bezza. Mangsa yang menaiki Perodua Bezza iaitu seorang lelaki, Poo Chun Keat yang berusia 27 tahun cedera parah dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi.

“Sementara pemandu dan penumpang Kancil, Kee Soon Leong, lelaki berusia 70 tahun dan Koh Sok Hoon, wanita berusia 62 tahun tersepit di tempat duduk masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak bomba mengeluarkan kedua-dua mangsa tersebut dengan menggunakan peralatan khas sebelum dihantar ke hospital dengan menaiki EMRS dan ambulan untuk rawatan lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI