fbpx

Rumah didiami 5 keluarga ranap terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Lorong 1, Kampung Pulo Hulu, Kuching.

KUCHING – Seramai 14 orang daripada lima keluarga hilang tempat berteduh apabila sebuah rumah yang didiami mereka di Lorong 1, Kampung Pulo Hulu di sini ranap dalam kebakaran pada awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 4.22 pagi dan segera mengarahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan BBP Padungan ke lokasi.

“Komander operasi memaklumkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis dua tingkat telah terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar sebuah kenderaan. Kesemua penghuni dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata kesemua mangsa terdiri daripada 10 orang dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Tambahnya, pasukan bomba membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan satu aliran 900 kaki dua nozel kaedah ‘relay pumping’ menggunakan sumber air dari jentera dengan teknik pemadaman secara ‘defensive sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI