fbpx

Piala Dunia: Kecundang selepas bangkit pahit ditelan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCIS berjaya bangkit sebanyak dua kali dari ketinggalan, namun mereka terpaksa akur apabila tewas menerusi penentuan sepakan penalti. – AFP

DOHA – Pengendali Perancis, Didier Deschamps mengakui kekalahan kepada Argentina di pentas final cukup pahit untuk ditelan selepas menyaksikan anak-anak buahnya mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk mengheret aksi ke penentuan sepakan penalti.

Pada aksi di Stadium Lusail itu, skuad Argentina meraih gol awal menerusi ledakan Lionel Messi dan Angel di Maria sebelum Kylian Mbappe meledak dua jaringan pada babak kedua untuk memastikan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Messi sekali lagi menjadi duri dalam daging buat skuad Les Bleus dengan gol peribadi, tetapi Perancis bangkit sekali lagi apabila Mbappe meledak jaringan hatrik dengan mengikat aksi 3-3 sebelum juara bertahan itu tewas menerusi penentuan penalti 2-4.

Kata Deschamps, apa yang berlaku sepanjang 120 minit perlawanan sangat luar biasa kerana bukan mudah untuk pasukannya bangkit terutama dengan apa yang berlaku apabila barisan pemain beraksi di bawah tahap sebenar pada babak pertama.

“Kita telah bangkit pada aksi ini sebanyak dua kali dan inilah kekesalan yang saya rasai sekarang dan lebih perit apabila kita memiliki peluang keemasan satu lawan satu pada masa kecede­raan, tetapi tidak dapat disudahkan.

“Saya boleh sahaja memuji Argentina, tetapi harus diingat kita ketinggalan 0-2 dan perlawanan bukan menjadi 0-3, sebaliknya pemain saya telah berusaha untuk mengubah nasib mereka pada perlawanan ini.

“Cuma, inilah hakikat yang perlu kami terima dan mungkin apabila pasukan terkena jangkitan virus beberapa hari sebelum ini boleh dijadikan salah satu sebab kenapa kita tidak bermaya khususnya pada separuh masa pertama,” katanya.

Sementara itu, Deschamps enggan mengulas mengenai masa depannya bersama pasukan Pe­rancis sama ada akan kekal atau sebaliknya selepas menjadi pengendali sejak 2012.

“Saya akan berbincang dahulu dengan persatuan sebelum berakhirnya tahun ini dan lihat bagaimana keputusannya nanti,” kata Deschamps yang membantu Perancis menjuarai Piala Dunia pada edisi 2018 di Russia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI