fbpx

Piala Dunia: Emi Martinez dituduh ejek Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ (kiri) menjadi hero Argentina apabila menyelamatkan satu sepakan pada penentuan penalti untuk membolehkan pasukan itu menjulang trofi Piala Dunia. – AFP

LUSAIL – Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez dikaitkan dengan kontroversi apabila didakwa mengejek penyerang Perancis, Kylian Mbappe selepas mereka memenangi saingan Piala Dunia buat pertama kali sejak edisi 1986.

Pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Lusail malam kelmarin, Argentina menewaskan Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 dalam 120 minit permainan.

Dalam video yang dimuat naik ke media sosial, Martinez dilihat meminta rakan sepasukan supaya diam untuk sementara bagi ‘mengenangkan’ Mbappe yang melakukan jaringan hatrik, tetapi tidak menjadi juara.

Untuk rekod, Mbappe menjadi pemain pertama melakukan ja­ringan hatrik dalam perlawanan akhir Piala Dunia selepas kali terakhir dilakukan pemain England, Geoff Hurst ketika menjadi juara 1966.

“Ini adalah satu perlawanan di mana kami terpaksa mengharu­ngi sengsara kerana kami sudah pun mendahului 2-0. Hanya dua sepakan ‘bodoh’, mereka berjaya menyamakan kedudukan dan mula menyerang.

“Kemudian, mereka mendapat satu lagi sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan 3-3. Selepas itu, saya bersyukur kerana dapat menjalankan tugas diberikan, sesuatu yang saya idam-idamkan,” kata Martinez.

Penjaga gol Aston Villa itu pastinya pulang dengan senyuman lebar apabila dia turut dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kejohanan apabila me­nerima anugerah Sarung Tangan Emas.

“Mungkin tidak akan ada lagi Piala Dunia seperti ini kerana inilah yang saya impikan selama ini. Secara jujur, saya sentiasa tenang ketika berdepan sepakan penalti dan saya gembira kerana dapat bantu pasukan,” ujarnya.

Sementara itu, pemain le­genda England, Ian Wright memuji peranan yang dimainkan Martinez sepanjang perlawanan kelmarin selain menganggap penjaga gol berusia 30 tahun itu sebagai faktor kejayaan Argentina.

“Satu perbezaan besar apabila anda memiliki seorang penjaga gol seperti Emi (Martinez) kerana dia gemar melakukan provokasi. Saya percaya, ia mampu memberi kesan kepada pemain, terutama dalam penentuan sepakan penalti,” kata beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI