ANGGOTA kumpulan DKZ, Jaechan diserang kerana mengikuti saluran YouTube kontroversi iaitu Sojang yang sering menyebarkan gosip selebriti.
Dalam kebanyakan kes, Sojang dilihat kerap menyiarkan kandungan berbaur negatif seperti kes buli atau percintaan dalam artis yang tidak berasas.
Pada 17 Disember lalu, Jaechan mengacarakan satu siaran langsung di V Live dan menunjukkan senarai saluran ikutannya dalam YouTube.
Peminat menyedari bahawa dia telah mengikuti saluran Sojang dan perkara tersebut turut diakuinya.
“Saya sedar ramai tanya soalan tentang ikutan saya dalam YouTube. Saya tidak tahu jenis saluran tersebut dan sedar telah mengikutinya kerana jarang aktif dalam YouTube.
“Saya memohon maaf atas kecuaian sendiri dan akan lebih berhati-hati selepas kejadian ini,” ujarnya.
Meskipun begitu, peminat tetap berasa skeptikal dan kecewa tindakan Jaechan menyokong aktiviti Sojang.