fbpx

Model asal E.T. dilelong lebih RM11 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 12 Disember 22 menunjukkan model mekantronik E.T. yang digunakan dalam filem arahan Steven Spielberg pada tahun 1982. -- AFP

LOS ANGELES – Model animatronik asal yang digunakan untuk ‘menghidupkan’ makhluk asing bermata besar, E.T. dalam filem sains fiksyen klasik Steven Spielberg dijual pada harga mencecah AS$2.6 juta (RM11.5 juta) , hujung minggu lalu, demikian menurut penganjur lelongan berkenaan.

Barangan itu dijual sebagai sebahagian daripada acara lelongan mega oleh firma Julien’s Auction dan Turner Classic Movies. Ia merangkumi lebih 1,300 prop daripada sarung tangan tinju yang dipakai oleh Robert DeNiro dalam filem Raging Bull hinggalah kepada tukul besi Thor, lakonan Chris Hemsworth.

Bagaimanapun, barangan paling mendapat perhatian adalah mahkluk asing amat mesra itu dengan tangan bersinar yang ‘mencairkan’ hati penonton dalam tahun 1982 sebelum kewujudan imej janaan komputer.

Memiliki sebanyak 85 sendi mekanikal, hampir semua bahagian dalam model E.T. itu boleh bergerak termasuk mata, leher dan jarinya.

Sebuah model kasar E.T. turut dijual pada harga AS$125,000 (RM552,750), manakala sebuah basikal yang digunakan dalam adegan kemucak filem itu dijual mencecah AS$115,000 (RM508,530).

Memorabilia filem lain yang dijual dalam lelongan di Beverly Hills itu termasuk barangan yang digunakan oleh Charlton Heston dalam adegan Laut Merah filem The Ten Commandments yang dijual pada harga AS$448,000(1,981,056) dan penyapu Nimbus 2000 milik Daniel Radcliffe daripada siri filem Harry Potter berharga AS$128,000 (RM566,016). – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI