fbpx

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 934 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM  membantu memindahkan barangan milik mangsa banjir  di Kampung Durian Kucing, Raub hari ini.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 934 orang melibatkan daerah Kuantan dan Raub berbanding hanya 709 mangsa yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, semua mangsa yang terdiri daripada 235 keluarga itu kini ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kuantan dan Raub.

Katanya, mangsa tertinggi ialah di Kuantan iaitu seramai 867 orang daripada 212 keluarga yang berada di lapan PPS daerah itu.

“Daripada jumlah itu, seramai 226 mangsa daripada 50 keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah dan 125 mangsa daripada 35 keluarga  lagi berada di PPS SK Sungai Karang.

‘Selain itu PPS SK Sungai Ular menempatkan 41 mangsa daripada 10 keluarga, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung (190 mangsa daripada 48 keluarga); PPS SK Pelindung (66 mangsa daripada 16 keluarga) dan PPS SK Cherating (161 mangsa daripada 39 keluarga.

“Dua lagi PPS dibuka petang semalam iaitu PPS Surau Kampung Chendor yang menempatkan 48 mangsa daripada 12 keluarga dan PPS Balai Raya Bukit Kuin 1 yang menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga,” katanya.

Tambahnya, di Raub pula tiga PPS dibuka yang menempatkan 62 mangsa daripada 20 keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI