fbpx

Kereta api tergelincir, dua warga China terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta api teknikal tergelincir di laluan projek kereta api laju Jakarta-Bandung di kawasan Cikalongwetan, Bandung Barat. - KCJB

JAKARTA – Dua warga China disahkan maut dalam kemalangan kereta api teknikal untuk Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Jakarta-Bandung (KCJB) yang dilaporkan tergelincir daripada landasan kelmarin, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

“Ya, betul, (mangsa maut) dua warganegara China. Kedua-dua mereka ialah pekerja bahagian teknikal,” kata Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat Polis Indonesia, Inspektur Jenderal Dedi Prasetyo semalam.

Menurut Dedi, kedua-dua mangsa itu adalah lelaki dengan masing-masing dikenali pasti sebagai Chang Shin Shang, 40, dan Chang Shin Yung, 36,.

Sementara itu, bagi lima mang­sa lain yang mengalami cedera parah dalam nahas tersebut, identiti tiga daripada mereka juga telah dikenal pasti. Mereka ialah Wang Jiji, Jie Thencang, dan Chao Qianyao.

Dedi berkata, pasukan Makmal Forensik Polis Negara melakukan tinjauan di lokasi kemalangan iaitu di kawasan Cipada-Cikalongwetan, Bandung Barat.

Siasatan di lokasi kejadian dilakukan bagi meninjau kronologi untuk mengenal pasti punca kemalangan maut itu.

Pemeriksaan juga dijalankan ke atas kereta api yang sedang menjalani ujian pemanduan tersebut.

“Hari ini (semalam), kita akan semak semua landasan, kemudian lokasi pelanggaran dan kereta api yang digunakan untuk ujian itu. Kita akan semak semuanya,” jelasnya.

Dalam kes berkenaan, seramai 18 saksi telah disoal oleh pegawai penyiasat Polis Daerah Jawa Barat berhubung kemalangan maut yang berlaku.

Kemalangan tren teknikal projek KCJB itu dilaporkan berlaku kelmarin sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan).
Dalam salah satu rakaman video yang tersebar di media sosial, sebuah kereta api berwarna hijau kelihatan tergelincir dari landasannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI