fbpx

Keluarga mangsa renjatan elekrik belum putuskan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kiri) mengunjungi Mohd. Nadzir (tengah) dan Zainun di rumah mereka di Kampung Bendang Surau, Morak dekat Tumpat hari ini. -Foto ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Keluarga tiga beradik yang maut akibat renjatan elektik di Kampung Bendang Surau, Morak di sini semalam masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Bapa mangsa, Mohd. Nadzir Mohamed, 67, berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian yang meragut nyawa Nurul Syazwani, 33, Sakinah, 29, Noorfathiah, 27, itu berpunca daripada kebocoran pendawaian elektrik.

Katanya, jika dilihat daripada punca itu, ia merupakan kecuaian pihak TNB dalam menguruskan perkhidmatan.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga akan berbincang terlebih dahulu. Setakat ini, saya tidak boleh memberi jawapan sama ada akan ambil tindakan (saman) atau tidak.

“Saya dan keluarga masih terkejut dengan kejadian yang berlaku dalam sekelip mata. Beri saya masa untuk berbincang dengan anak-anak dan keluarga terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya hari ini.

Terdahulu, pesara kerajaan itu menerima kunjungan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dan rombongan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Muhamad Zaki turut menyampaikan sumbangan tunai dan barangan keperluan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang juga merupakan mangsa banjir.

Sementara itu, ibu mangsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata, dia reda dengan ketentuan ilahi meskipun kehilangan tiga anak serentak.

“Sakinah mengadu sakit perut dan dada pagi semalam. Dia ada beritahu bahawa najisnya berwarna hitam akibat kesan ubat yang dimakannya dan mungkin akan mati.

“Saya menemaninya ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan. Pada waktu tengah hari, saya terkejut mendengar bunyi bising di hadapan rumah sebelum melihat mayat tiga beradik itu terbujur kaku tidak jauh antara satu sama lain,” kata wanita itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI